Pages

Friday, 6 September 2013

#PemilihanUMNO: THIS!! @tunfaisal #TF4MT!! #TF4MT!! #TF4MT!! #TF4MT!! #TF4MT!!


NAMA PENUH: Tun Faisal Ismail Aziz
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1971 di Ipoh, Perak.

LATAR BELAKANG DIRI:
  • Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • pernah menjadi pegawai kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  • Pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran semasa Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pelajaran (2004 - 2009).
  • Ahli UMNO Bahagian Putrajaya dan memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Bunga Kiambang.
  • Sebelum ini dikenali sebagai penulis ucapan kepada Menteri Pelajaran dan merupakan Pegawai Khas yang bertanggung jawab meneliti dasar-dasar pendidikan. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri (2010 - 2013) yang membantu dalam perkara dasar berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pada waktu yang sama masih membantu penyediaan teks ucapan Menteri Dalam Negeri dan komunikasi media, terutamanya komunikasi media alternatif bagi Kementerian Dalam Negeri.
  • Dalam kalangan golongan profesional muda yang terlibat dengan Dewan Profesional Muda Malaysia (PROMUDA), aktif dalam perdebatan siber Promuda dan lebih dikenali ketika itu sebagai Penjejak Badai.
  • Mula dikenali umum selepas bertanding menentang Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
LATAR BELAKANG PROFESSIONAL

Merupakan ahli farmasi berdasarkan profesion. Menjalani latihan sebagai Pegawai Farmasi Pelatih di Hospital Ipoh sebelum menyertai Pharmacare Medicine Shoppe sebagai Pengurus Farmasi. Pada tahun 1998, beliau menyertai Pusat Perubatan Selangor (Selangor Medical Centre) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Farmasi. Antara tugas beliau sebagai Ketua Jabatan Farmasi adalah; Mengurus operasi harian Jabatan Farmasi yang meliputi urusan-urusan pembelian, penyimpanan, pengagihan, pendispenan, penentuan caj bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan runding cara. Menjalankan program latihan untuk kakitangan. Mengendalikan keperluan personel. Mengendalikan urusan antara jabatan, isu-isu dan juga masalah-masalah yang timbul. Antara pencapaian beliau di sana adalah berjaya mengembalikan keyakinan pengurus kawalan kredit pembekal terhadap SMC dan memastikan bekalan berterusan semasa krisis ekonomi sepanjang tahun 1998 - 1999. Berjaya mendapatkan kos terbaik untuk ubat-ubatan, iaitu antara yang terendah dalam Lembah Klang. Berjaya memperbaiki pengurusan dan kawalan inventori. Berjaya memperkenalkan regimen caj ubat-ubatan yang fleksibel dan kompetitif. Pendedahan Media semasa di SMC: Wawancara oleh TV3, bagi memberikan pandangan profesional penggunaan tablet Viagra, disiarkan dalam Bulletin TV3. Wawancara oleh Berita Harian bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol (Panadol), disiarkan dalam Kolum Kesihatan Berita Harian. Wawancara oleh TV3 secara langsung dalam program 30 minit, Malaysia Hari Ini, bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol Pendedahan Media: Wawancara secara langsung dalam program NONA, TV3 bagi memberikan pandangan profesional mengenai Pil Pelangsing dan Kesan-kesan Sampingannya Terhadap Pengguna

Pada tahun 2001, beliau menyertai syarikat perunding, Sahabat Ceria Sdn Bhd sebagai Penyelidik dan Penulis Ucapan. Antara tanggung jawab beliau di sini adalah, bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dalam bidang politik dan sosial, menyediakan Analisis Harian Siaran Media, Laporan Tahunan Siaran Media dan Perancangan Media, menyediakan kenyataan-kenyataan akhbar, butiran ucapan, pelbagai laporan dan artikel-artikel, menyediakan ucapan-ucapan pada acara-acara politik yang utama dan majlis-majlis penting, menghadiri seminar dan persidangan, dan menyediakan laporan penuh mengenainya; dan ditugaskan pada masa-masa tertentu untuk menyunting buku dan tugas-tugas menterjemahkan artikel dan ucapan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

SETERUSNYA

THIS IS #TF4MT!!!

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels