Pages

Tuesday, 10 September 2013

#SelamatkanKalimahAllah : Sensitiviti Umat Islam Tidak Penting - Paderi Kristian

Orang ramai membaca yaasin di hadapan Mahkamah Putrajaya

Hari ini Mahkamah Putrajaya telah mendengar rayuan pihak Kerajaan untuk 'Selamatkan Kalimah Allah'. Tetapi mahkamah telah menangguhkan perbicaraan untuk keputusan kes tersebut sehingga tarikh dimaklumkan kemudian. 

Namun begitu, ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menyatakan nilai sensitiviti bumiputera lebih penting dari nilai sensitiviti umat Islam di Malaysia. 



PUTRAJAYA 10 Sept – Wakil Paderi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) hari ini meremehkan sensiviti umat Islam berhubung isu kalimah Allah apabila menyifatkan nilai sensiviti bumiputera adalah lebih penting.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, nilai sensiviti bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih penting dan perlu diutamakan.

“Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting, kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting.

“Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah, jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan.

Ujarnya lagi, mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.

Beliau ditemui semasa perbicaraan sedang berlangsung di luar bilik perbicaraan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.

Permohonan kali ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.

Tambah wakil paderi NECF itu lagi, dalam memberikan sokongan pada hari ini, wakil paderi gereja dari Sabah juga akan turut hadir. Turut kelihatan beberapa orang wakil dari Persatuan Kristian Malaysia (CFM).

Dalam pada itu menurut seorang peguam cina yang beragama Kristian (tidak mahu dikenali), perbicaraan kes kalimah Allah hari ini adalah lebih penting dari kes yang sedang dibicarakan di bilik mahkamah lain.

Katanya, hari ini adalah penentu kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.

“Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia,” ujarnya.

Namun apabila ditanya mengenai sensiviti dan kemarahan umat Islam berhubung perkara ini, beliau tidak mahu mengulas lanjut. 

Tidak cukup dengan itu, Persatuan Kristian Malaysia (CFM) menuduh JAKIM berbohong pula. Mereka menyatakan pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa dan bukti.


Laporan portal pro-pembangkang, Malaysian Insider :


Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhenti mengeluarkan tuduhan mengatakan wujudnya penyebaran ajaran Kristian kepada orang ramai di Malaysia.

CFM mendakwa tuduhan itu bukan sahaja tidak benar malah tidak pernah dibuktikan dengan fakta kebenaran tuduhan sedemikian.

"Kami merujuk kepada satu program televisyen iaitu tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam, itu adalah tidak benar dan tidak berasas serta khutbah Jumaat rasmi ditulis Jakim yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu," kata Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif CFM, Rev Dr Eu Hong Seng dalam satu kenyataan media hari ini.

Eu Hong Seng (anak panah) ketika bertemu Anwar di Gereja Luther, PJ 
Januari 2010 - AIDC

Eu berkata, tindakan sedemikian jelas menunjukkan Jakim hanya mengeluarkan fakta mengikut perasaan tanpa berpandukan kepada fakta sebenar.

"Pemerhatian sepintas lalu ke atas tuduhan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mereka bertindak mengikut perasaan tanpa berlandaskan fakta," katanya. seterusnya

JAKIM dituduh berbohong oleh persatuan agama kristian? Jabatan Kemajuan Islam Malaysia didesak oleh persatuan agama kristian? JAKIM dituduh ikut perasaan oleh persatuan agama Kristian?

Berani sungguh Persatuan Kristian Malaysia yang mewakili minoriti penduduk Malaysia dengan mendesak dan menuduh JAKIM ikut perasaan dan sebagainya. Di manakah pemimpin-pemimpin Islam di negara ini? Apakah mereka akan berdiam diri sahaja?

1 comments:

Anonymous said...

Ingat 13 mei 1998 di Indon. Apa TERJADI.... ?

''AMOK'' perkataan yg tiada dalam kamus. Ianya menggambarkan ''kegilaan'' kaum melayu apabila dicabar keterlaluan.

JANGAN SAMPAI INI TERJADI DI TANAH MELAYU. Ingat......?

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels