Pages

Wednesday, 25 September 2013

[VIDEO] #PemilihanUMNO: Isu Dialog: GEMPAR!! Anwar Terduduk Dibidas Oleh MP Lenggong!! #ShamsulAnuar4MT


Ahli Parlimen Lenggong dan juga merupakan calon no.2 bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi Pemilihan kali ini, YB Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah telah membidas kenyataan pembangkang, iaitu lamaran mereka untuk berdialog dengan Barisan Nasional yang kononnya mahu membincangkan masalah rakyat. YB Shamsul sangat berani dan 'alert' untuk zipkan mulut pemimpin Pakatan. Ini adalah salah satu sifat yang patut ada pada semua pemimpin.

Sebenarnya saya masih ragu dan terasa macam mimpi lagi kerana Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sendiri pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan bersatu dengan UMNO/BN sampai bila-bila. Jika difikirkan logik, apa akan jadi jika pembangkang dan kerajaan bergabung? walaupun dalam sesi dialog sekalipun. Walaupun ketika bersidang di Parlimen pun ada yang ajak 'sambung gaduh' di luar dewan, lagikan mahu gabungkan dua benua seperti ini?? 

Berikut adalah kenyataan Dato' Shamsul Anuar Nasarah yang dipetik di laman  SAHABAT GUNUNG :
“Sebab itu, saya nampak Anwar Ibrahim cuba mencetuskan beberapa perkara baru untuk mengerakkan perkara baru demi kelansungan perjuangan politiknya, itu yang menyebabkan beliau melontarkan idea untuk mengadakan dialog bersama BN."

"Apa tujuan dialog ini? Kononnya dialog antara BN dengan beliau dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang untuk membicarakan hal-hal mengenai kepentingan rakyat yang selama ini telah ditangani dengan baik oleh kerajaan BN."
"Saya tidak nampak ada keikhlasan dari pakatan pembangkang, malah Anwar sendiri kerana mereka hanya mahu menonjolkan semula nama mereka yang tenggelam sejak akhir-akhir ini,”

“.... ianya tidak membawa apa-apa keuntungan pun pada rakyat, malah kepada UMNO dan BN. Jika benarlah Anwar dan pakatan pembangkang mahu berunding berkaitan dengan isu-isu mengenai kepentingan rakyat ini, gunakanlah platform sedia ada seperti bercakap di dalam Dewan Rakyat." 
Dato' Shamsul juga berharap, PM Najib Razak tidak sesekali termakan umpan yang dipancing oleh pembangkang ini. Jika nama pun pembangkang, tidak akan ada hujah yang benar. Sedangkan janji pun tidak dikotakan, lagikan lamaran?

Justeru, kita sebagai MELAYU patut fokus kepada mandat besar yang sama-sama kita kongsikan, iaitu berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.



 


0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels