Pages

Thursday, 24 October 2013

#PRKSgLimau: DEMI PENDUDUK SG LIMAU, CALON BN SANGGUP LEPAS JAWATAN!! #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sanggup meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semata-mata mahu menabur bakti kepada masyarakat khususnya di kawasan berkenaan.

Anak tempatan kelahiran Kampung Titi Batu itu berkata, beliau mengambil sedikit masa untuk memikirkan tentang perkara itu kerana `sayang' mahu meletakkan jawatan namun apabila memikirkan hasrat mahu berkhidmat untuk rakyat, beliau rela berbuat demikian.

''Wartawan bertanya saya, tidak sayang tinggalkan jawatan? Lama saya berfikir, namun yang penting saya lebih sayang rakyat dan mahu berbakti kepada masyarakat di Sungai Limau,'' katanya berucap pada majlis Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Simpang Tiga, Sungai Limau di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Mukhriz Dr. Mahathir; Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Menurut Dr. Ahmad Sohaimi, beliau bertekad untuk memajukan Sungai Limau jika diberi peluang menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Katanya, beliau juga mahu menggunakan pendekatan baharu berpolitik dalam kalangan generasi muda dengan memastikan penyertaan golongan itu sebagai kelompok pelapis.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels