Pages

Wednesday, 27 November 2013

SAMBUTAN HANGAT DATO @mynameisrossa DI PROMO #KonsertDestini @YDABDihatiku @Aizuddin_MAG @ctnurhaliza11


Semalam, "Promo Konsert Destini" telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menariknya ialah, promo ini diiringi oleh Diva dari Indonesia, Dato' Rossa dan saya difahamkan dia sanggup membatalkan programnya yang lain kerana mahu datang ke Malaysia untuk bersama-sama turun padang bagi menjayakan konsert amal (Konsert Destini) ini.

Promo ini bermula pada jam 5 petang dengan Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa" yang diadakan di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Disini, Dato' Rossa berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Nur Muhammad dan kepada ibu-ibu tunggal yang kesempitan hidup (Rujuk SINI). Kemudian, promo dihangatkan lagi dengan slot di rancangan 'Meletop Astro Ria'.

Saya difahamkan bahawa Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan Dato' Rossa di ruangan pejabatnya. Antara individu lain yang turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato' Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Saudara Faizal Daud.

*Foto sekitar program dan penerangan lengkap mengenai Konsert Destini adalah seperti dibawah.






Selanjutnya di blog Yayasan-Destini dan Tentera Maya 


0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels