Pages

Friday, 29 November 2013

SEWA RUMAH PPR PUN NAIK ,GAJI MB NAIK!! INILAH NEGERI KEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT.

Memang sudah dijangka. Pihak pakatan hanya menggula-gulakan rakyat pada sebelum PRU sahaja. Selepas itu, mereka mula mengorak langkah satu demi satu untuk bagi melindungi kepentingan diri dan kroni-kroni mereka. 



Sebelum ini kita digemparkan dengan pembayaran sewa rumah PPR yang pada mulanya hanya RM124 dinaikkan kepada RM250. Ini jelas membuktikan kenaikan sewa rumah PPR ini meningkat kepada 100%. KLIK SINI 

Adakah penyewa di PPR ini mampu untuk membayar sebanyak RM250 sebulan?

Kita sedia maklum bahawa penghuni di PPR ini bukanlah orang berada dan golongan kaya. Ada dikalangan mereka yang sudah mencecah umur 60 tahun. Dimana letaknya rasa perikemanusiaan Kerajaan Selangor atau dikenali sebagai Kerajaa Pembangkang ini.

Adakah ini 'Negara Berkebajikan' yang di gembar-gemburkan oleh pembangkang sebelum PRU?




Kali ini kita dapat lihat bahawa gaji MB Selangor sudah dilulus untuk dinaikkan melebihi 100%. Dimana sikap seorang pemimpin jika hanya pentingkan poket sendiri sahaja? Dimana letaknya slogan 'Negara Berkebajikan' yang diwar-warkan oleh pembangkang sebelum ini?

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.KLIK SINI







0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels