Pages

Sunday, 3 November 2013

Taktik 'Last Minute' PAS Di #PRKSgLimau

Semakin hampir dengan hari pembuangan undi pada 4 November ini, semakin banyaklah tersebarnya taktik-taktik kotor yang digunakan oleh PAS untuk memburukkan pihak lawannya iaitu Barisan Nasional.


 Yang terbaru, mereka menggantungkan separuh badan patung dimana kakinya dipotong. Pihak PR dengan senang lenangnya menuduh jentera BN yang menggantungkan patung ini bagi membusukan nama BN dalam PRK Dun Sungai Limau ini,


Nampaknya, 48 jam terakhir sebelum pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung, kehangatan dan taktik terdesak untuk meraih undi semakin menjadi-jadi di situ.

Terbaru, beberapa patung yang dipotong kaki dan ditulis Kaki Ustaz dikesan digantung di beberapa lokasi.

Timbul persoalan ia angkara siapa?


(BACA: Patung Kaki: BN Buat Laporan Polis)

Pihak Pakatan Rakyat (PR) dengan pantas menuding jari ia adalah perbuatan Barisan Nasional (BN) dengan mengaitkan ia kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gula dan kaki bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan yang terpaksa dipotong.

Namun, di pihak BN pula menuduh ia perbuatan PR.

Ini kerana, jika PAS sanggup menggunakan teknik pertindihan gambar antara calon mereka dengan Ustaz Azizan, maka mungkin mereka atau parti lain dalam PR seperti PKR atau DAP menggunakan taktik kotor seperti itu.

Kalau difikirkan lojik, takkan sebodoh itulah jentera BN untuk meletak patung di merata tempat di kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan.

Buat apa hendak cari penyakit… sudah tentu benda itu akan menimbulkan kebencian kepada BN dan bukannya PR atau PAS.


0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels