Pages

Sunday, 22 December 2013

Terima Kasih Dan Tahniah!! Akhirnya #YDAB Berjaya Mengumpul Dana RM 2 Juta Ringgit Melalui #KonsertDestini


Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada para pengunjung 'Konsert Destini' yang berlangsung selama 2 hari dan berakhir pada malam semalam. Ternyata gabungan artis dari dua negara ternyata telah membuat para penonton teruja melihat persembahan yang dipamerkan. 

Yayasan-Destini Anak Bangsa : 

Malam semalam (21 Disember 2013), berakhir sudah Konsert Destini, iaitu konsert amal yang menggandingkan artis-artis popular tempatan dan seberang bagi mengumpul dana untuk membantu golongan kurang kemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Ianya sangat bermakna bagi semua yang telah terlibat terutamanya pihak penganjur, Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kerana berkat usaha mereka berjaya membuahkan hasil kerana sasaran untuk mencari dana sebanyak RM2 Juta telah tercapai. Ini sekaligus berjaya membuktikan bahawa konsert yang diadakan ini
'SUCCESS'!!


pemandangan dari tingkat atas

Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam sendiri telah menjadi saksi kegemilangan Konsert Destini yang telah diadakan selama dua hari berturut-turut ini. Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YDAB, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali diatas kejayaan Konsert Destini ini.

Penulis tertarik dengan kata-kata yang diucapkan oleh Dato Rossa ketika konsert berlangsung semalam, "Saya sayang Malaysia sama macam saya sayangkan Indonesia". Melalui kata-kata Dato Rossa tersebut sudah cukup membuktikan impak positif yang dihasilkan, iaitu imej industri muzik tanah air kita dihormati dan secara tak langung dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara dua negara.

persembahan awie di Konsert Destini

Walaupun sudah hampir 12 jam Konsert Destini ini berakhir, penulis percaya bahawa dendangan lagu yang dinyanyikan barisan artis yang terlibat masih lagi terngiang-ngiang ditelinga para penonton yang hadir. Bukan apa, ini kerana penulis melihat 'hashtags' #KonsertDestini masih lagi membanjiri 'Timelines Twitter' dengan tweets dan gambar disebabkan keterujaan penonton. Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada yang telah hadir dan yang menyokong.

Persembahan Adira dan Hafiz

Diharap program amal seperti ini dapat diadakan lagi dengan lebih kerap selepas ini supaya destini anak bangsa kita dapat dimartabatkan dengan kadar maksima dan kalau boleh dapat sifarkan golongan yang tercicir dalam pelajaran kerana kemiskinan. Sinonim dengan peredaran zaman sekarang.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels