Pages

Thursday, 17 April 2014

Memalukan!! Blogger Pakatan Hina Semua Pemandu Lori.

Artikel saya kali ini dipetik dari blog seseorang yang pro Pakatan Rakyat. 

Negara PR : Semua Pemandu Lori Harus Dimasukkan Kedalam Neraka 



Sungguh kurang ajar blogger Pakatan Rakyat ini yang senang-senang hati sahaja meminta semua pemandu lori dimasukkan kedalam neraka akibat daripada kematian seorang pemimpin Pakatan Rakyat iaitu mediang Karpal Singh pada pagi ini.

Bayangkan jika anda seorang pemandu lori, ada pula seseorang mendoakan anda dimasukkan kedalam neraka. Pasti anda akan marah mendengarnya. Bukan semua kemalangan yang melibatkan lori ini berpunca daripada pemandu lori itu sendiri. 

Anda kena faham yang kemalangan itu tidak berbau. Kita tidak tahu bilakah ajal dan bagaimanakah ajal menemui kita. Kita sepatutnya redha dan terima dengan hati terbuka. Bukannya menyalahkan mana-mana pihak dan meminta orang yang bersalah dimasukkan kedalam neraka.

Dimana letaknya 'perjuangan Islam' dalam Pakatan Rakyat kalau iman sendiri pun masih terumbang ambing. Mari sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan akidah kita. Semoga kita menjadi ummah contoh pada satu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels