Pages

Sunday, 7 December 2014

Peniaga Berpindah Meningkat, Pekan Rabu #KedahSerataRata @MukhrizMahathir

ALOR SETAR - Proses perpindahan sementara peniaga Pekan Rabu ke Ukir Mall demi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Pekan Rabu, lebih lancar hari ini berbanding kelmarin.

Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, bilangan peniaga berpindah meningkat berbanding kelmarin.

“Kelmarin, hanya 118 peniaga berpindah sebelum 27 lagi menyusul. Pertambahan peniaga menjadikan jumlah setakat ini mencecah 145 peniaga.

“Seramai 82 peniaga pula dalam proses pemindahan. Cumanya, tinggal 26 yang masih enggan, namun saya yakin mereka akan mengambil langkah sama nanti,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam lawatan ke bangunan Ukir Mall, semalam bagi meninjau proses pemindahan peniaga terlibat.

Turut hadir, Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Leftenan Kolonel (B) Lutfi Mohamad Ghazi.


Gambar sekitar pekan rabu

Menurutnya, pihak mereka telah mengambil kira semua aspek termasuklah keadaan tapak sementara bernilai RM2 juta untuk peniaga Pekan Rabu.

“Saiz lot-lot kedai sementara peniaga Pekan Rabu dibina sedemikian rupa demi menampung dan memuatkan keseluruhan 227 peniaga,” katanya.

Jikalau lot kedai dibina seperti mana lot kedai asal mereka, akan ada peniaga tidak mendapat tempat sementara di Ukir Mall nanti.

Lagipun katanya, tinjauan mendapati kemudahan asas disediakan antaranya seperti di Medan Selera Pekan Rabu selesa kepada semua.

Ku Rahman berkata, dia yakin keputusan diambil mampu memberi pulangan lumayan dan rezeki kepada peniaga Pekan Rabu dan Ukir Mall.

"Kira-kira 80 peratus pelanggan dilihat sudah mengunjungi tapak sementara peniaga Pekan Rabu setakat ini, walaupun pada awalnya sedikit perlahan.

"Saya berharap pembinaan kompleks selesai dalam tempoh lebih awal iaitu 30 bulan berbanding 36 bulan demi memudahkan peniaga," katanya.


SumberMukhrizMahathirFC

Sunday, 20 April 2014

Layakkah Karpal Terima Penghormatan Kibaran Bendera Separuh Tiang?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh akan diberikan penghormatan pengkebumian negeri. 
Sehubungan itu, Guan Eng, berkata bendera Pulau Pinang di seluruh negeri akan dikibarkan separuh tiang sehingga mendiang Karpal akan dikebumikan pada Ahad ini.

"Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat EXCO dan arahan dikeluarkan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini.

"EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow dilantik selaku koordinator bagi pengkebumian ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. - BERITA HARIAN

Perkara itu dipertikai oleh Presiden Pertubuhan Minda & Sosial, iaitu Ramesh Rao Krishnan Naidu:


Selain itu, terdapat blog yang mempertikai perkara ini kerana Karpal Singh adalah anak kepada penentang pejuang Mat Kilau di Pahang dan pernah menghina Sultan Perak. (SINI)

Thursday, 17 April 2014

@PDRMsia Kena Ambil Tindakan Keatas Individu Terbabit


Cetek sungguh pemikiran orang Pakatan Rakyat ni. Kalau dah maut tu tak kira parti mana pun. Orang PAS ke, UMNO ke. Kalau menemui ajal, matilah kita. Harap PDRM mengambil tindakan keatas beliau kerana menghasut rakyat menuduh UMNO adalah punca kemalangan maut Karpal Singh.

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels